6 Tokoh Muhaddith Ahlus Sunnah
Perlulah dikenali oleh setiap lapisan masyarakat Islam. Inilah yang banyak ditekankan oleh para arifbillah, ulama, guru², mursyid² supaya golongan akhir zaman mengenang budi golongan yg terdahulu.
Hadis merupakan sunnah rasul, pegangan umat islam setelah Al Qur’an. Kitab ini menjadi pegangan utama bagi para ulama fiqh, mujtahid, sastrawan dan penulis bidang lainnya. Apa dicari umum nya akan berada dalam Al-kutub Al-sittah. Mari kita mengenali mereka..
𝗔𝗟-𝗜𝗠𝗔𝗠 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗗𝗗𝗜𝗧𝗛, 𝗜𝗠𝗔𝗠 𝗕𝗨𝗞𝗛𝗔𝗥𝗜 - Sahih Bukhari
Seluruh umat islam sedunia pasti dan mesti pasti selepas membaca nasihat atau kisah melalui hadis akan melihat kalimat dibawah
{𝗛𝗮𝗱𝗶𝘀 𝗥𝗶𝘄𝗮𝘆𝗮𝘁 𝗕𝘂𝗸𝗵𝗮𝗿𝗶}
Kategori kitab: Jawami' (الجوامع)
Jum. riwayat dikumpul selesai diteliti: 7,563
Dialah individu yakni, Amirul Mukminin Muhaddith Islam Awliya, Abu Abdullah Muhammad bin Ismail al' Bukhari رَحِمَهُ ٱللَّٰهُ (194H-256H) 'Ketua' dalam dunia hadis yang zuhud, tawaduk, alim dan dia mengembara untuk mengutip riwayat dari segala perawi di wilayah bandar hingga ke wilayah pergunungan.
Semoga Allahﷻ merahmati beliau, Al-Hafiz Imam Syams al' Din Zahabi dalam kitabnya berkata..
السَّمَرْقَنْديَّ يَقُوْلُ
كَانَ مُحَمَّدُ بنُ إِسْمَاعِيْلَ مخصوصاً بِثَلاَثِ خِصَالٍ مَعَ مَا كَانَ فِيْهِ مِنَ الخِصَالِ المحمودَةِ: كَانَ قَلِيْلَ الكَلاَمِ، وَكَانَ لاَ يطمعُ فِيْمَا عِنْدَ النَّاسِ
Al' Samarqandi berkata
“Muhammad bin Ismail adalah istimewa dengan tiga sifat dengan sifat-sifat terpujinya, dia sedikit bercakap dan dia tidak mengidamkan apa yang orang lain ada”
البُخَارِيَّ يَقُوْلُ:
خَرَجتُ إِلَى آدَمَ بنِ أَبِي إِيَاسٍ، فَتخلَّفَتْ عَنِّي نَفَقَتِي، حَتَّى جَعَلتُ أَتنَاولُ الحشيشَ، وَلاَ أُخْبِرْ بِذَلِكَ أَحَداً.
فَلَمَّا كَانَ اليَوْمُ الثَّالِثُ أَتَانِي آتٍ لَمْ أَعرِفْهُ، فَنَاولَنِي صُرَّةَ دَنَانِيْر، وَقَالَ: أَنْفِقْ عَلَى نَفْسِكَ
Al-Bukhari berkata
“Suatu saat aku melakukan perjalanan menuju tempat tinggal Adam bin Abi Iyas, disaat itu seluruh bekalku sudah habis, sehingga aku mula makan rumput tumbuh tumbuhan (الحشيشَ) dan bukan najis, aku tidak memberitahukan perihal itu kepada siapa pun
Dan masuk hari yang ketiga datang kepadaku seseorang yang aku tidak mengenalinya lalu dia menyerahkan kepadaku sekeping dinar, lalu orang itu berkata, berbelanjalah untuk dirimu sendiri”
(كتاب سير أعلام النبلاء,ج12ص448)
𝗔𝗟-𝗛𝗔𝗙𝗜𝗭 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗗𝗗𝗜𝗧𝗛, 𝗜𝗠𝗔𝗠 𝗠𝗨𝗦𝗟𝗜𝗠 - Sahih Muslim
Seluruh umat islam sedunia pasti dan mesti pasti selepas membaca nasihat atau kisah melalui hadis akan melihat kalimat dibawah
{𝗛𝗮𝗱𝗶𝘀 𝗥𝗶𝘄𝗮𝘆𝗮𝘁 𝗠𝘂𝘀𝗹𝗶𝗺}
Kategori kitab: Jawami' (الجوامع)
Jum. riwayat dikumpul selesai diteliti: 7,500
Dan diantara pembawa risalah baginda adalah Al-Hafiz Muhaddith Awliya Islam, Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim al-Qusyairi Abu al-Husain al-Nisaburi رَحِمَهُ ٱللَّٰهُ (204H-261H) Org yang alim, jujur, zuhud. Imam Muslim mempunyai kepintaran yang luar biasa dan kecerdasan ingatan serta kefahaman yang tajam. Beliau merupakan seorang yang gemar dan sangat cinta kepada ilmu pengetahuan serta suka berbincang dengan para ulama. Sahih Muslim merupakan kitab yang paling sahih selepas kitab Sahih al-Bukhari dan pelengkap kepada kitab gurunya, yakni Imam Bukhari
Semoga Allahﷻ merahmati beliau, Al-Syeikhan kami Imam Nawawi dalam kitabnya menyatakan bahawa, Imam Muslim sangat beradab di depan Imam Bukhari
وروينا عن محمد بن يعقوب الحافظ، عن أبيه، قال:
رأيت مسلم بن الحجاج بين يدى البخارى يسأله سؤال الصبى لمعلم
Dan diriwayatkan dari Muhammad bin Ya`qub al-Hafiz, dari bapanya yang berkata:
“Aku melihat Muslim bin al-Hajjaj di hadapan al-Bukhari bertanya kepadanya soalan budak itu seperti bertanya kepada seorang guru”
(كتاب تهذيب الأسماء واللغات,ج1ص70)
Seperti mana juga, Al-Mufassir Ibnu Katsir pernah berkata di dalam kitabnya
رجلٌ على الإمام البخاري رحمه الله حديثًا وسأله عن صحته، فقال له الرجل: "ما تقول في حديث رواه الحجاج بن محمد عن ابن جريج عن موسى بن عقبة عن سهيل بن أبي صالح عن أبيه عن أبي هريرة
وكان عنده الإمام مسلم رحمه الله، فدار بينهما حوارٌ على صحة هذا الحديث؛ فقال الإمام مسلم لأستاذه البخاري رحمهما الله -وهما من أعلم أهل الأرض بحديث رسول الله صلى الله عليه وسلم-:
تَعْلَمُ حديثًا في الدنيا بهذا الإسناد كهذا الحديث؟!»؛ كأنه
يقول: ألديك أجمل من هذا الإسناد في الدنيا بأسرها؟!
فقال البخاري: هذا حديثٌ مليحٌ ولا أعلم بهذا الإسناد في الدنيا حديثًا غير هذا، إِلَّا أنَّه معلول فارتعد مسلمٌ وقال:
لا إله إلا الله ما هي (يقصد سبب ضعف الحديث)؟
فقال البخاري: استر ما ستر الله. فألحَّ مسلمٌ على البخاري.
فقال له البخاري:
"رواه موسى بن إسماعيل عن وهيب بن خالد عن سهيل عن عون بن عبد الله قوله".
والمقصود بكلمة "قوله": أي أنَّ الكلام كلام عون بن عبد الله، وليس كلام أبي هريرة ولا النبيِّ صلى الله عليه وسلم
“Seorang lelaki memberikan hadith kepada Imam al- Bukhari rahimahullah dan bertanya kepadanya tentang kesahihannya, lelaki itu berkata kepadanya: “Apa pendapat anda tentang hadis yang diriwayatkan oleh al-Hajjaj bin Muhammad dari Ibn Juraij dari Musa bin Uqbah dari Suhail bin Abi Shalih dari ayahnya dari Abu Hurairah
Dan dia bersama Imam Muslim, semoga Allah merahmatinya, dan dialog berlaku di antara mereka mengenai kesahihan hadis ini, Imam Muslim berkata kepada gurunya Al-Bukhari, semoga Allah merahmati mereka -ldan mereka adalah antara orang yang paling arif di muka bumi ini tentang hadis Rasulullah saw -:
“Adakah kamu mengetahui hadis di dunia ini dengan sanad seperti hadis ini?” Seolah-olah dia berkata: Adakah anda mempunyai rantai nukilan yang lebih indah di seluruh dunia daripada ini?!
Bukhari berkata: Ini adalah hadis yang baik, dan saya tidak mengetahui sanad ini di dunia melainkan adalah ia dalamnya ada kesalahan Maka dia Imam Muslim menggeletar dan berkata:
Tiada Tuhan melainkan Tuhan, apakah itu (maksudnya sebab kelemahan hadis)?
Al-Bukhari berkata: Tutuplah apa yang Allah sembunyikan. Maka Imam Muslim memujuk Bukhari. Al-Bukhari berkata kepadanya:
“Diriwayatkan oleh Musa bin Ismail dari Wahib bin Khalid dari Suhail dari Awn bin Abdullah sebagai berkata.”
Yang dimaksudkan dengan perkataan “katanya ” ialah: iaitu ucapan itu adalah ucapan Aun bin Abdullah, bukan ucapan Abu Hurairah atau Nabi”
(كتاب البداية والنهاية,ج14ص531)
Al-Hafiz Ibnu Asaker juga, dalam kitabnya menulis..
فقبَّل الإمام مسلم ما بين عيني الإمام البخاري وفي بعض الروايات وقبَّل رأسه، وكاد يبكي،
وقال له:
دَعْنِي حَتَّى أُقَبِّلَ رِجْلَيْكَ يَا أُسْتَاذَ الْأُسْتَاذِينَ، وَسَيِّدَ الْمُحَدِّثِينَ، وَطَبِيبَ الْحَدِيثِ فِي عِلَلِهِ».
وقال له أيضًا:
لَا يُبْغِضُكَ إِلَّا حَاسِدٌ، وَأَشْهَدُ أَنْ لَيْسَ فِي الدُّنْيَا مِثْلُكَ
Kemudian Imam Muslim mencium apa yang ada di antara kedua mata Imam Al-Bukhari dan dalam beberapa riwayat dan mencium kepalanya dan dia hampir menangis dan berkata kepadanya:
”Izinkan aku mencium dua kakimu wahai mahaguru, pendahulu ahli hadis dan pakar dalam penitilian ‘ilal hadits”
Dan dia juga berkata kepadanya:
”Tidak ada yang membencimu kecuali orang yang dengki, dan aku bersaksi bahawa tidak ada seorang pun di dunia seperti kamu”
(كتاب تاريخ دمشق,ج52ص68)
𝗔𝗟-𝗛𝗔𝗙𝗜𝗭 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗗𝗗𝗜𝗧𝗛, 𝗜𝗠𝗔𝗠 𝗡𝗔𝗦𝗔❜𝗜 - Sunan al-Sughra
Seluruh umat islam sedunia pasti dan mesti pasti selepas membaca nasihat atau kisah melalui hadis akan melihat kalimat dibawah
{𝗛𝗮𝗱𝗶𝘀 𝗥𝗶𝘄𝗮𝘆𝗮𝘁 𝗮𝗻-𝗡𝗮𝘀𝗮'𝗶}
Kategori kitab: As-Sunan (السنن)
Jum. riwayat dikumpul selesai diteliti: 5,270
Dialah individu yakni, Al-Hafiz Muhaddith Awliya Islam, Abu Abd al-Rahman Ahmad bin Shuaib bin Ali bin Sinan bin Bahr bin Dinar al-Nasa’i رَحِمَهُ ٱللَّٰهُ (215H-303H) Org yang alim, jujur, zuhud. Imam al-Nasa`i sangat teliti dalam menyisihkan hadis-hadis yang termuat dalam kitab pertama. Oleh kerananya, banyak ulama berpendapat kedudukan kitab al-Sunan al-Sughra dibawah darjat Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.
Semoga Allahﷻ merahmati beliau, Ada kisah unik tentang Imam an-Nasai bersama guru beliau Haris bin Miskin رَحِمَهُ ٱللَّٰهُ . Haris bin Miskin adalah seorang ahli hadis Mesir dan qadhi pada zaman itu. Dinukil dari Kitab at-Taqyid li Ma’rifati Ruwwati as-Sunan wa al-Masanid, Ibnu Nuqthah mengatakan
نقلت من خط عبد الرحيم بن محمد بن المهتر النهاوندي قال رأيت بخط الدوني قال سئلت ما روى النسائي عن الحارث بن مسكين يقول قال الحارث بن مسكين قراءة عليه وأنا أسمع ولم يذكر حدثنا ولا أخبرنا فأجبت أني سمعت أن الحارث بن مسكين كان يتولى القضاء بمصر وكان بينه وبين النسائي خشونة ولم يمكنه حضور مجلسه فكان يجلس في موضع حيث يسمع قراءة القارئ ولا يرى فلذلك قال كذلك.
“Aku menukil dari Abdurrahim bin Muhammad bin al-Muhtar an-Nahwandi, ia berkata, ‘Aku melihat tulisan ad-Dauni, ia berkata, ‘Aku ditanya tentang riwayat an-Nasai dari al-Harits bin Miskin, diaman an-Nasai mengatakan, ‘al-Harits bin Miskin berkata tentang riwayat yang dibacakan padanya dan aku mendengarnya. Mengapa dia tidak menyebut dengan ungkapan akhbarona (أخبرنا: dia mengabarkan kepada kami) atau haddatsana (حدثنا: dia menyampaikan pada kami)?’ Kujawab, ‘Aku mendengar bahwa al-Harits bin Miskin pernah menjawat jawatan qadhi (hakim) di Mesir. Dan antara al-Harits dan an-Nasai terdapat masalah yang tidak memungkinkan bagi an-Nasai untuk menghadiri majlisnya. An-Nasai duduk di suatu tempat yang masih boleh mendengar suara tapi tidak terlihat. Kerana itulah dia meriwayatkan dengan ungkapan seperti itu’.”
(كتاب التقييد لمعرفة رواة السنن والمسانيد,ص143)
𝗔𝗟-𝗛𝗔𝗙𝗜𝗭 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗗𝗗𝗜𝗧𝗛, 𝗜𝗠𝗔𝗠 𝗔𝗕𝗨 𝗗𝗔𝗨𝗗 - Sunan Abu Daud
Seluruh umat islam sedunia pasti dan mesti pasti selepas membaca nasihat atau kisah melalui hadis akan melihat kalimat dibawah
{𝐇𝐚𝐝𝐢𝐬 𝐑𝐢𝐰𝐚𝐲𝐚𝐭 𝐀𝐛𝐮 𝐃𝐚𝐮𝐝}
Kategori kitab: As-Sunan (السنن)
Jum. riwayat dikumpul selesai diteliti: 5,274
Diri empunya kalimat adalah, Imam Al-Hafiz Muhaddith Islam Awliya, Abu Daud Sulaiman bin Al-Ash’ath bin Ishaq bin Bashir Al-Sijistani رَحِمَهُ ٱللَّٰهُ (202H-275H) dan dia adalah salah seorang sahabat mulia Imam Ahmad, dalam setiap majlis, Imam Ahmad sering bertanya kepadanya tentang ketelitian masalah dalam cabang-cabang dan asal-usul, dan dia berada di atas jalan para pendahulu dalam mengikuti sunnah dan sehingga beberapa imam berkata beliau serupa dengan Imam Ahmad dalam akhlaknya.
Semoga Allahﷻ merahmati beliau
وقال ابو داود السجستاني
الشهوة الخفية حب الرياسة
Abu Daud al' Sijistani berkata..
“Nafsu yang tersembunyi adalah keinginan untuk menjadi pemimpin”
(كتاب صفة الصفوة,ج2ص276)
قال أبو بكر ابن أبي داود
سمعت أبي يقول
خير الكلام ما دخل الأذن بغير إذن
Abu Bakar bin Abu Daud berkata..
Saya mendengar ayah saya berkata
“Sebaik-baik ucapan ialah ucapan yang masuk ke telinga tanpa izin”
(كتاب سير أعلام النبلاء,ج13ص217)
Imam Abu Daud sebagaimana katanya dalam wasiat pesannya kepada penduduk Mekah dengan itipati yang sangat masyur dikalangan Ahlul Hadis, yang berbunyi
الْمَسْكُوت عَنهُ صَالح وَمَا كَانَ فِي كتابي من حَدِيث فِيهِ وَهن شَدِيد فقد بَينته وَمِنْه مَالا يَصح سَنَدها لْمَسْكُوت عَنهُ صَالح مَا لم أذكر فِيهِ شَيْئا فَهُوَ صَالح وَبَعضهَا أصح من بعض
“Apa yang didiamkan (صَالح) di dalam kitabku mengandungi hadis lemah yang telah aku jelaskan sebahagiannya tidak, kerana (صَالح) diam mengenainya selama aku tidak menyebutkan sebahagian daripadanya. Ia adalah sah dan ada yang lebih betul daripada yang lain”
وَرُبمَا اختصرت الحَدِيث الطَّوِيل لِأَنِّي لَو كتبته بِطُولِهِ لم يعلم بعض من سَمعه وَلَا يفهم مَوضِع الْفِقْه مِنْهُ فاختصرت لذَلِك
“Adapun aku memendekkan hadis yang panjang itu, kerana jika aku menulisnya dengan panjang pasti ada di antara mereka yang mendengarnya tidak mengetahui dan tidak memahami tempat fiqh di dalamnya, maka aku ringkaskan untuk itu”
(كتاب رسالة أبي داود,ص24-27)
𝗔𝗟-𝗛𝗔𝗙𝗜𝗭 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗗𝗗𝗜𝗧𝗛, 𝗜𝗠𝗔𝗠 𝗧𝗜𝗥𝗠𝗜𝗗𝗭𝗜 - Jami' Tirmidzi
Seluruh umat islam sedunia pasti dan mesti pasti selepas membaca nasihat atau kisah melalui hadis akan melihat kalimat dibawah
{𝗛𝗮𝗱𝗶𝘀 𝗥𝗶𝘄𝗮𝘆𝗮𝘁 𝗧𝗶𝗿𝗺𝗶𝗱𝘇𝗶}
Kategori kitab: Jawami' (الجوامع)
Jum. riwayat dikumpul selesai diteliti: 4,400
Dialah individu, Al-Hafiz Muhaddith Awliya Islam, Abu Isa Muhammad bin Isa bin Sarwah bin Musa bin Dahak al-Sulami al-Tirmidzi رَحِمَهُ ٱللَّٰهُ (209H-279H) Org yang alim, jujur, zuhud. Kesungguhan, kekuatan hafalan, kebijaksanaan fizikal dan mental yang ada pada Imam Tirmidzi, beliau merupakan penyusun kitab Jami’ yang terkenal iaitu salah satu daripada 6 kitab hadis utama (Kutub Sittah) dan menurut beberapa pendapat, kebutaannya disebabkan oleh perjalanannya mencari Hadis setelah wafatnya Imam Bukhari. Imam al-Tirmizi mengalami kebutaan setelah menyelesaikan salah satu antara kitab kitabnya
Semoga Allahﷻ merahmati beliau, Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam kitabnya menyatakan bahawa Imam Tirmidzi pernah berkata
أَنَّ أَبَا عِيْسَى قَالَ
كُنْتُ فِي طَرِيْقِ مَكَّةَ فَكَتَبْتُ جُزْأَيْن مِنْ حَدِيْثِ شَيْخٍ، فَوَجَدْتُهُ فَسَأَلْتُهُ، وَأَنَا أَظُنُّ أَنَّ الجُزْأَين مَعِي، فَسَأَلتُهُ، فَأَجَابْني، فَإِذَا مَعِي جُزآن بيَاض، فَبَقِيَ يَقْرَأُ عَلَيَّ مِنْ لَفْظِهِ، فَنَظَرَ، فَرَأَى فِي يَدِي وَرَقاً بيَاضاً، فَقَالَ: أَمَا تَسْتحِي مِنِّي؟ فَأَعْلَمْتُهُ بِأَمْرِي، وَقُلْتُ: أَحْفَظُهُ كُلَّهُ.
قَالَ: اقْرَأْ.
فَقَرَأْتُهُ عَلَيْهِ، فَلَمْ يُصَدِّقْنِي، وَقَالَ: اسْتَظْهَرْتَ قَبْلَ أَنْ تَجِيْء؟
فَقُلْتُ: حَدِّثْنِي بِغَيْرِهِ.
قَالَ: فَحَدَّثَنِي بِأَرْبَعِيْنَ حَدِيْثاً، ثُمَّ قَالَ: هَاتِ.
فَأَعَدْتُهَا عَلَيْهِ، مَا أَخْطَأْتُ فِي حَرْفٍ .
قَالَ شَيْخُنَا أَبُو الفَتْحِ القُشَيْرِيُّ الحَافِظُ : تِرْمِذ، بِالكَسْرِ، وَهُوَالمُسْتَفِيْضُ عَلَى الأَلسِنَةِ حَتَّى يَكُوْنَ كَالمُتَوَاتِرِ
Bahawa Abu Isa berkata
“Pada saat aku dalam perjalanan menuju ke Mekah, ketika itu aku telah menulis dua jilid hadis-hadis yang berasal dari seorang Syeikh dan kebetulan Syeikh tersebut berlalu di antara kami
Maka aku bertanya kepadanya, dan ketika itu aku mengira bahawa “dua jilid kitab” yang aku tulis itu bersamaku tetapi yang aku bawa bukanlah dua jilid tersebut, melainkan dua jilid lain yang masih putih bersih belum ada tulisannya.
Kemudian aku memohon kepadanya untuk memperdengarkan hadis kepadaku, dan dia mengabulkan permohonanku itu. Guruku membacakan hadis dari lafaznya kepadaku dan tatkala itu dia melihat kepadaku dan melihat bahawa kertas yang ku pegang putih bersih.
Maka dia menegurku: ‘Tidakkah engkau malu kepadaku?’ maka aku pun memberitahukan kepadanya masalahku itu. Lalu aku berkata; ‘aku telah menghafal semuanya.’
Maka guruku tersebut berkata; ‘bacalah!’. Maka aku pun membacakan kepadanya seluruhnya, tetapi dia tidak mempercayaiku, Kemudian guruku lantas bertanya: ‘Apakah telah engkau hafalkan sebelum datang kepadaku?
‘Tidak,’ jawabku.
Aku seterusnya meminta lagi agar dia meriwayatkan hadis yang lain dan kemudian dia membacakan kepadaku empat puluh buah hadis, lalu berkata: ‘Cuba ulangi apa yang aku bacakan tadi,’
Lalu aku membacakannya dari pertama sampai selesai tanpa tertinggal satu huruf. Mendapati kemampuan Imam Tirmizi, maka Syeikh kami Abu,al-Fath al-Qushayri al-Hafiz pun berkata: aku tidak pernah menemukan penuntut sepertimu’”
(كتاب وتهذيب التهذيب,ج9ص388-389)
Seperti mana Al-Hafiz Ibn Hibban berkata dlm kitabnya
وقال الحاكم : سمعت عمر بن علك يقول : مات البخاري ، فلم يخلف بخراسان مثل أبي عيسى ، في العلم والحفظ ، والورع والزهد . بكى حتى عمي ، وبقي ضريرا سنين
“Al-Hakim berkata : Aku mendengar Umar bin Alak berkata: Al-Bukhari telah wafat , dan dia tidak berjaya dalam kembaranya ke khurasan seperti Abu Isa dalam ilmu, hafalan, takwa dan zuhud. Dan bapa saudara saya, dia menangis sehingga dia kekal buta selama bertahun-tahun”
(كتاب تذكرة الحفاظ,ج2ص634)
𝗔𝗟-𝗛𝗔𝗙𝗜𝗭 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗗𝗗𝗜𝗧𝗛, 𝗜𝗠𝗔𝗠 𝗜𝗕𝗡𝗨 𝗠𝗔𝗝𝗔𝗛 - Sunan Ibnu Majah
Penutup Kuttub Sittah. Seluruh umat islam sedunia pasti dan mesti pasti selepas membaca nasihat atau kisah melalui hadis akan melihat kalimat dibawah
{𝗛𝗮𝗱𝗶𝘀 𝗥𝗶𝘄𝗮𝘆𝗮𝘁 𝗜𝗯𝗻𝘂 𝗠𝗮𝗷𝗮𝗵}
Kategori kitab: As-Sunan (السنن)
Jum. riwayat dikumpul selesai diteliti: 4,341
Dialah individu, Al-Hafiz Muhaddith Awliya Islam, Abu Abdullah Muhammad bin Yazid bin Majah al-Rab’i al-Qazwini رَحِمَهُ ٱللَّٰهُ (209H-273H) Org yang alim, jujur, zuhud. Dikenali sebagai Imam Ibnu Majah. Kesungguhan serta kedalaman ilmu, , ketajaman dan konsistensinya dalam mengikuti sunnah baik dalam masalah-masalah yang mendasar (usul) mahupun masalah cabang (furu’). Para ulama mendahulukan Sunan Ibnu Majah daripada al-Muwatta’ dalam gabungan kuttub sitah asbab di dalamnya terdapat beberapa hadis yang tidak didapati
Semoga Allahﷻ merahmati beliau, dalam kitab al-Mu’jam al-Mufahras li Alfaz al-Quran, telah memperinci hadis-hadis yang terdapat dalam kitab beliau Ada 4341 hadis di dalamnya. Sejumlah 3002 di antaranya juga termaktub dalam lima kitab kumpulan hadis yang lain.
Sebanyak 712 dari 1339 lainnya adalah lemah, yang dapat dikategorikan sebagai hadis dusta. Kerana banyaknya hadis yang lemah itu, sebelum abad ke-4 H para ulama belum memasukkannya sebagai kitab yang dijadikan standard yang layak menjadi panduan dan rujukan.
Orang yang pertama kali memasukkan Ibn Majah ke dalam kitab-kitab kumpulan hadis sahih sehingga termasuk dalam kitab yang enam adalah Abu al-Fadal Muhammad bin Tahir al-Maqdisi.
Pada pertengahan kedua abad ke-7H, setelah hadis-hadis telah banyak terhimpun dalam kitab-kitab, usaha yang ditempuh ulama hadis adalah menerbitkan isi kitab-kitab kumpulan hadis itu, menyunting dan menyusun kitab-kitab takhrij (mengeluarkan) serta membuat kitab-kitab Jami’ (Penghimpun) yang umum.
Di antara kitab-kitab yang disusun pada peringkat ini adalah kitab-kitab zawa’id, yang terkenal di antaranya adalah kitab Zawa’id Ibnu Majah. Kitab ini disusun oleh Abu Ahmad bin Muhammad al-Busiri dalam kitab yang berjudul Misbah az-Zujajah fi Zawa’id Ibn Majah (Lampu Kaca dalam Tulisan Ibnu Majah). Hadis-hadis yang hanya diriwayatkan sendiri oleh Ibnu Majah seperti tersebut di atas kebanyakannya daif (lemah).
Hal ini dapat diketahui daripada keterangan-keterangan gurunya, Ibnu Mulaqqin, dalam kitabnya yang berjudul Ma Tamussu Ilaihi al-Hajah ala Sunan Ibn Majah (Apa Yang Diperlukan dalam Sunan Ibnu Majah).
Sebagaimana kitab-kitab kumpulan hadis lainnya, kitab-kitab syarah (penafsiran) Sunan Ibn Majah juga banyak muncul pada abad-abad sesudahnya. Di antara kitab-kitab syarah itu adalah Misbah az-Zujajah Syarh Sunan Ibn Majah susunan as-Sayuti.
Tetapi, amatlah mengecewakan sekiranya masih wujud golongan yang mempertikaikan manhaj atau kandungan setiap kitab hadith tersebut yang diusahakan para muhadithin ini, sedangkan mereka tidak faham apa yang tersirat disebalik setiap usaha para muhadithin ini. Justeru, usaha untuk memahami matlamat (hadaf) setiap usaha mereka perlu lebih diketengahkan agar keunikan hasil kerja mereka akan lebih difahami dan dihargai.
Sunan Ibnu Majah adalah antara kitab hadith yang diiktiraf kedudukannya oleh majoriti ulama hadith sebagai salah satu rujukan utama himpunan hadith-hadis baginda bersama lima kitab yang lain (Al-Usul Al-Sittah atau Al-Kutub Al-Sittah). Namun ramai yang kurang faham keunikan sunan karangan Ibnu Majah. Buktinya boleh dilihat disurau-surau mahupun masjid-masjid.
Tiada satu pun kuliah hadis yang membincangkan hadis dalam Sunan Ibnu Majah. Adakah hanya kerana terdapat beberapa hadis dhaif, munkar dan makzub di dalamnya, maka segera dipulaukan kitab ini dari dibincangkan secara ilmiah. Namun persoalan lain juga perlu diberi perhatian ialah mengapa masih ramai ulama hadith mutaqaddimun yang memuji kitab sunan ini disebalik kesedaran mereka akan kewujudan hadis-hadis dhaif, munkar dan makzub ini.
Demikian sedikit ringkasan para Muhaddith.
Kategori kitab bermaksud, setiap kitab hadis mempunyai manhaj (method/kaedah) penulisan yang tertentu. Pembahagian ini bertitik tolak daripada sejarah pembukuan hadis yang dilakukan di awal-awal zaman pembukuan hadith sebelum ia disaring dan disusunkan dengan lebih kemas dan teratur dan pengetahuan akan ia termasuk dalam perbahasan ilmu mustolah al-hadis
Jawami' (الجوامع) Ia bermaksud kitab hadis yang disusun hadithnya mengikut mencakupi pelbagai atau semua bab-bab penting dalam agama seperti Aqidah, Taharah, Muamalat, Sirah. Manaqib, Tafsir Al-Quran, Raqaiq (hadith berkaitan perkara yang melembutkan hati), Fitan (hadith fitnah akhir zaman) dan sebagainya. Kebiasaannya kitab berbentuk ini mencakupi hadith-hadith ahkam seperti kitab sunan namun ianya lebih luas mencakupi bab-bab selain daripada fiqh
As-Sunan (السنن) Ia bermaksud kitab hadits yang disusun mengikut bab-bab perbahasan fiqh dan umumnya mempunyai banyak hadith-hadith ahkam. Kebanyakan kitab-kitab ini disusun mengikut perbahasan fiqh dimana hadith-hadith di dalamnya dimuatkan dengan bab-bab fiqh seperti bab taharah, iman, zakat, puasa, haji dan sebagainya. Perbezaannya dengan kitab jenis Jawaami' ialah kitab Sunan lebih memfokuskan hadith-hadith hukum dan kebiasaanya tidak memuatkan hadith-hadith seperti sirah, manaqib, tafsir dan sebagainya
Akhir kata, Hadis adalah interpretasi Nabi Muhammadﷺ kepada umatnya sebagai panduan dalam memahami hukum syarak yang diturunkan dalam al-Quran. Namun, masih ramai yang keliru dan tidak tahu hadis yang mana perlu dirujuk. Banyak perkara yang melibatkan hukum-hakam tidak disebutkan secara terperinci di dalam al-Quran, tetapi hadis datang memberi penjelasan
Semoga Bermanfaat
Posting Komentar untuk "6 Tokoh Muhaddith Ahlus Sunnah"